"MUJAHIDAH SOLEHAH"
Diri ini hanyalah insan yg terlalu biasa..namun, ingin bergelar :

"HAMBA terbaik buat Yang Maha Pencipta, ANAK solehah buat ibu bapa, ISTERI sejati buat suami tercinta, IBU mithali buat anak-anak kurniaan Allah Taala..serta seorang SAUDARA yang sentiasa mengingati keranaNYA.."

Thursday, September 2, 2010

LAILATUL QARD MENURUT AHLI TAFSIR..

Ahli tafsir al Quran al karim mengupas tajuk lailatul Qadr pada tiga tempat dalam al Quran.

a) SURAH AL-BAQARAH (185)

"(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu ..."

b) SURAH AD-DUKHAN (1-7)

1. Haa, Miim.
2. Demi Al-Quran Kitab Yang menerangkan kebenaran.
3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
4. (Kami menurunkan Al-Quran pada malam Yang tersebut, kerana) pada malam Yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara Yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
5. Iaitu perkara-perkara Yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan kami; Sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.
6. (untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui (akan Segala keadaan hamba-hambaNya).
7. Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang Yang yakin (akan hakikat itu, maka Terimalah sahaja apa Yang diutuskan kepada kamu).

c) SURAH AL-QADR (1-5)

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!( Surah al Qadr )

Qadr dalam Bahasa Arab membawa makna ketentuan dan kemuliaan. Ahli ilmu Islam berbeza pendapat kenapa dinamakan malam al Qadr.

1- Ibnu Abbas berpendapat al Qadr ialah ketetapan baik dan buruk, rezeki dan ajal, serta segala yang berlaku pada tahun itu. ( Tafsir al Baghawi 8/485 )
2- Al Izz ibn Abdussalam berpendapat dinamakan demikian kerana telah ditentukan penurunan al Quran pada malam itu. ( Tafsir al Izz ( 3/473 )
3- Mujahid berpendapat kerana kemuliaan dan kelebihan amalan yang berlaku pada waktu itu iaitu puasa dan bangun malamnya.
4- An Nawawi memilih maksud maksud Lailatul qadr ialah Lailatul Hukmi wal Fasl iaituMalam keputusan dan ketetapan. ( al Majmu' 6/447 ).
5- Al Razi membawa pendapat yang menyebut al Qadr bermakna sempit kerana sempitnya dunia dengan sebab banyaknya bilangan para malaikat yang turun ke bumi pada malam itu. ( at Tafsir al Kabir 28/32 ).

Adaptasi daripada blog "Manaratulhuda (Sabtu, Ogos 28, 2010)"

No comments:

Post a Comment