"MUJAHIDAH SOLEHAH"
Diri ini hanyalah insan yg terlalu biasa..namun, ingin bergelar :

"HAMBA terbaik buat Yang Maha Pencipta, ANAK solehah buat ibu bapa, ISTERI sejati buat suami tercinta, IBU mithali buat anak-anak kurniaan Allah Taala..serta seorang SAUDARA yang sentiasa mengingati keranaNYA.."

Thursday, April 29, 2010

BIDADARI BUATMU...


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,
dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”

1)Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau berpura-pura sakit.

2)Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering
menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu”

3)Wanita Hananah:

Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

4)Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya
untuk membelinya.

5)Wanita Baraqah:

*Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
*Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian
dan diasingkannya bahagianya.

6)Wanita Syadaqah:

Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan.

(bersumberkan perkara yang dicatatkan oleh Imam Al-Ghazali)

Friday, April 23, 2010

DOA DARI HAMBAMU YANG LEMAH...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

"Ya ALLAH..hamba menadah tangan bermohon kepadamu dengan penuh rasa rendah diri..KAU ampunilah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, doa ahli keluargaku, dosa sahabat-sahabatku, dosa muslimin dan muslimat..KAU berikanlah diri ini kekuatan dalam menghadapi sagala ujian dan cubaan dariMU..KAU terimalah segala ibadat dan taubat yang telah hamba kerjakan..permudahkan hamba untuk kusyuk dan tawaduk dalam mengerjakan tuntutanMU..jauhilah hamba daripada menjadi fitnah terbesar buat kaum Adam..Ya ALLAH..jadikan hamba seorang wanita solehah, penghuni al-Jannah..kurniakanlah hamba cinta seorang insan yang sentiasa melabuhkan cintanya hanya kepadaMU..jauhilah hamba daripada kelalaian dunia yang penuh pancaroba ini..Ya RAHMAN yang menguasai seluruh alam ini,kurniakanlah kasih sayang dan keredhaanMU selalu buat hambaMU yang hina ini..Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani..AMIN AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.."

USRAATI JANNATI..


ayah, mak, kak, dan adik2 yg ku sayangi..di sini ingin ku menyatakan, betapa diri ini sgt menyayangi diri kalian..trlalu sukar bgiku utk mmbls sgla jasamu wahai ayah dan mak..InsyaALLAH..slgi hyt d'kndng bdn, diri ini tdk akn sma skli mlupakn sgla2 yg tlh ayah dan mak brikan..trma ksh mak ats pngorbann dlm mlhrkan diri ini, kak dan adik2..trma ksh jgk buat ayah yg trlalu bnyk mghbiskn keringat dlm mmbsrkn anak2 yg
trsyang..

Monday, April 12, 2010

6 PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang
supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw
sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan
kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan
mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga
saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil
bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga
untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan
mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di
Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat
dia sendiri.



BAITULMUSLIM...


Wahai zaujahku,
Aku mengerti di mana kamu,
Kamu sedang letih berjuang,
Kamu sedang lelah berdakwah,
Malah kau juga aku yakin sedang memelihara dirimu dari menjadi bahan fitnah.

Aku tidak tahu siapa kamu,
Tapi telah aku simpankan sebahagian hati ini padamu,
Kerna itu, aku tidak pernah memandang wanita lain,
Pandanganku ku tundukkan, bual bicara mesra dengan wanita ku elakkan,
Kerna semua itu hanya layak untukmu.

Yang ada di sisiku Ayat-Ayat Cinta Allah iaitu Al-quran.
Yang ada di sisiku kitab-kitab ilmu yang menjadi pencerahan dalam kehidupan kita nanti.

Zaujahku,
Persiapkan dirimu dengan ketabahan hati,
Kerna jalan yang akan kita lalui ini sangat berat,
Maka tabahkanlah hatimu untuk menjadi sayap kiriku,
Isilah mana-mana kekurangn dalam diriku,
Dan engkau jualah yang aku harapkan menjadi pembakar semangatku tika mana aku lemah.

Zaujahku, aku belum pernah memandang fizikalmu,
Kerana nikmat memandangmu hanya aku inginkan setelah kita diijab kabulkan,
Dan pandanganku terhadapmu bukanlah pandangan nafsu,
Sebaliknya dengan pandangan dakwah,
Kerna kau adalah sayap kiri perjuanganku dan pencetak generasi mujahidin.

Kerana itu,
Kita seharusnya bersedia zaujahku,
Perkahwinan kita adalah marhalah dakwah.