"MUJAHIDAH SOLEHAH"
Diri ini hanyalah insan yg terlalu biasa..namun, ingin bergelar :

"HAMBA terbaik buat Yang Maha Pencipta, ANAK solehah buat ibu bapa, ISTERI sejati buat suami tercinta, IBU mithali buat anak-anak kurniaan Allah Taala..serta seorang SAUDARA yang sentiasa mengingati keranaNYA.."

Monday, August 30, 2010

SUBHANALLAH..LENGKAPNYA APA YANG TELAH DIATURKAN OLEHMU..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda yang dikasihi Allah S.W.T..

Assalamualaikum W.B.T..

Saban hari kes pembuangan bayi di Malaysia semakin meningkat dan sangat membimbangkan. Majoriti mereka yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas bayi itu adalah di kalangan remaja dari IPT, malah ada juga dari kalangan pelajar yang masih menuntut di sekolah menengah. Justeru, tidak heranlah jika boleh dikatakan hampir setiap minggu mesti ada sekurang-kurangnya satu kes pembuangan bayi di Malaysia yang dapat kita lihat di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen.

Seperti yang kita sedia maklum, sifat kebanyakkan remaja sememangnya ingin mencuba sesuatu yang baru. “Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku plak tak boleh buat??” Begitu la ayat remaja sekarang ini. Sememangnya, tiada salahnya untuk kita mencuba sesuatu. Tetapi, sebelum nak mencuba, fikir la dulu kesan perbuatan itu pada diri kita dan orang lain. Sebagai contohnya, nak lakukan hubungan kelamin dengan seseorang yang tidak berkongsi status “nikah” dengan kita. Untuk apa kita serahkan sesuatu bukan pada tempatnya, bukan juga menjadi haknya. Mahukah kita menjalinkan hubungan yang bersaksikan syaitan?? Bukan ALLAH S.W.T, pemilik sekalian alam??

Wahai saudari muslimahku yang kucintai dirimu kerana ALLAH..Bangkitlah kita daripada lena yang panjang ini..Jika kita inginkan insan terbaik yang boleh berkongsi segala-galanya dengan kita, marilah kita sama-sama kembali ke jalan yang telah DIA sediakan buat kita selaku hambaNYA..Cintailah insan itu kerana agama yang ada padanya, bukan pada kekayaan, keturunan mahupun rupa yang dimiliki..Kerana, harta akan habis, keturunan mungkin tercemar oleh kemungkaran, dan ingatlah wajah tidak akan sentiasa tegang seperti usia sekarang..Tetapi, jika kerana agama kita ingin memilikinya, InsyaALLAH..Kenikmatan, kesejahteraan, ketenangan dan kemanisan yang di bina atas satu lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA..” akan kita rasai selamanya..Khulasohnya, bukan cinta dunia juga kita perolehi, malah cinta akhirat turut sama kita genggami..

Persoalannya, bagaimana untuk kita mendapatkan cinta seorang insan yang melabuhkan cintanya hanya buat Penciptanya??

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yan baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).”
(Surah an-Nur : 26)

Alhamdulillah..setelah selesai kita dinikahi dengan bersaksikan ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Waktu itu kita akan merasai sesuatu yang sangat berbeza sebelum ini..Bayangkan kita bakal berkongsi suka dan duka, pahit dan manis bersama insan yang bergelar “zauj”..Insan yang halal untuk didampingi dan dicintai..Dengan izin dariNya jua, mungkin selepas itu, akan lahirlah mujahid dan mujahidah yang akan meramaikan lagi umat Rasulullah S.A.W serta sebagai pemakmur alam ini..InsyaALLAH..

Tika anugerah itu datang, maka, sambutlah dia dengan penuh kasih sayang..Corakkanlah kehidupannya dengan penuh sinar keIslam, jauh dari cahaya kemunafikan..Peluklah dia..Kucuplah dia..Belailah dia..Tetapi harus diingat apa yang telah ALLAH firmankan di dalam surah al-Munafiqun, ayat 9 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”


Wallahua' lam..

Wednesday, August 18, 2010

YA ALLAH..BANYAKNYA DOSA KAUMKU..


Dengan lafaz kalimah yang Mulia serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta sahabat Baginda..

Disini saya ingin mencoretkan, beberapa kerisauan dan kesedihan hati ini apabila melihat semakin ramai kaum sejantina, sudah tidak lagi seunggul wanita2 pada Zaman Kecemerlangan Islam dahulu..pkaian tidak lagi menutupi seluruh tubuh keseluruhannya..kecuali muka dan tapak tangan..ada juga yang menutup cukup hnya pada dasarnya shaja..angin d'bnarkn masuk mellui celah2 ruang bebenang..

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

“Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu

Tidak cukup dgn itu, cara pertuturan seorang wanita Islam itu tidak lagi d'jga..Seperti kita dapat tinjau di merata2 tempat di Malaysia kini, sopan santun dlm percakapan, trlalu jarangan d'dengar oleh deria pendengaran ini..kadang kala, sukar sekali utk mmbezakan jantinanya d'sbbkn oleh 'tone suara' yg seakan2 menyerupai..malah, yg lebih menyedihkan serta mmlukan jiwa ini, apabila ada d'antara kaum Adam lebih bersopan ketika mengeluarkan bait2 pertuturan..Wahai wanita Islam yang berkongsi 1 kiblat yg sma, sdrlah bhwa Allah tlh mengurniakan kita suara yg trllu indah..sehinggakan, kdg kala, suara itu mampu melemahkan Iman seorg muslim..kerana itu, Allah tlh mnjdkn suara seorg wanita itu adalah aurat..Justeru, mgapa tidak kita jga dgn sebaiknya nikmat ALLAH ni??

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
[33]

Kesimpulannya, apa yang saya bicarakan d'atas hnya dua perkara yg terlalu asas, yg wajib d'jga org seorng wanita Islam..Allah telah menetapkan kehidupan bersyariat buat hamba2Nya, bukan utk membebankan, ttpi utk mmberi kmdhan dan Allah juga telah menjanjikan kesenangan yg apabila d'kaji, natijahnya trllu bnyk utk d'hitungkn..

Akhir kata, wahai kaum sejantinaku, marilah sma2 kita mencari cinta Allah..InsyaALLAH..apabila kita memperolehi cinta pemilik segala cinta..cinta yang selain dariNYA juga turut sama kita raih..bkn shja kita dpt lalui kehidupan dunia dgn pnh kesenangan, malah kehidupan di dalam Jannatul Firdaus akan sama2 kita perolehi..AMIN..


“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf, mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”(surah Ali Imran : 110)

Wallahua' lam..

PENTINGNYA ILMU ITU BUATMU MUSLIMAH..

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa @ mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat

( AMIRUL AMIN )


WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Wednesday, August 11, 2010

HIJRAH..

SAAT LAFAZ SAKINAH..


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu