"MUJAHIDAH SOLEHAH"
Diri ini hanyalah insan yg terlalu biasa..namun, ingin bergelar :

"HAMBA terbaik buat Yang Maha Pencipta, ANAK solehah buat ibu bapa, ISTERI sejati buat suami tercinta, IBU mithali buat anak-anak kurniaan Allah Taala..serta seorang SAUDARA yang sentiasa mengingati keranaNYA.."

Monday, August 30, 2010

SUBHANALLAH..LENGKAPNYA APA YANG TELAH DIATURKAN OLEHMU..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat baginda yang dikasihi Allah S.W.T..

Assalamualaikum W.B.T..

Saban hari kes pembuangan bayi di Malaysia semakin meningkat dan sangat membimbangkan. Majoriti mereka yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas bayi itu adalah di kalangan remaja dari IPT, malah ada juga dari kalangan pelajar yang masih menuntut di sekolah menengah. Justeru, tidak heranlah jika boleh dikatakan hampir setiap minggu mesti ada sekurang-kurangnya satu kes pembuangan bayi di Malaysia yang dapat kita lihat di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen.

Seperti yang kita sedia maklum, sifat kebanyakkan remaja sememangnya ingin mencuba sesuatu yang baru. “Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku plak tak boleh buat??” Begitu la ayat remaja sekarang ini. Sememangnya, tiada salahnya untuk kita mencuba sesuatu. Tetapi, sebelum nak mencuba, fikir la dulu kesan perbuatan itu pada diri kita dan orang lain. Sebagai contohnya, nak lakukan hubungan kelamin dengan seseorang yang tidak berkongsi status “nikah” dengan kita. Untuk apa kita serahkan sesuatu bukan pada tempatnya, bukan juga menjadi haknya. Mahukah kita menjalinkan hubungan yang bersaksikan syaitan?? Bukan ALLAH S.W.T, pemilik sekalian alam??

Wahai saudari muslimahku yang kucintai dirimu kerana ALLAH..Bangkitlah kita daripada lena yang panjang ini..Jika kita inginkan insan terbaik yang boleh berkongsi segala-galanya dengan kita, marilah kita sama-sama kembali ke jalan yang telah DIA sediakan buat kita selaku hambaNYA..Cintailah insan itu kerana agama yang ada padanya, bukan pada kekayaan, keturunan mahupun rupa yang dimiliki..Kerana, harta akan habis, keturunan mungkin tercemar oleh kemungkaran, dan ingatlah wajah tidak akan sentiasa tegang seperti usia sekarang..Tetapi, jika kerana agama kita ingin memilikinya, InsyaALLAH..Kenikmatan, kesejahteraan, ketenangan dan kemanisan yang di bina atas satu lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA..” akan kita rasai selamanya..Khulasohnya, bukan cinta dunia juga kita perolehi, malah cinta akhirat turut sama kita genggami..

Persoalannya, bagaimana untuk kita mendapatkan cinta seorang insan yang melabuhkan cintanya hanya buat Penciptanya??

“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yan baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).”
(Surah an-Nur : 26)

Alhamdulillah..setelah selesai kita dinikahi dengan bersaksikan ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Waktu itu kita akan merasai sesuatu yang sangat berbeza sebelum ini..Bayangkan kita bakal berkongsi suka dan duka, pahit dan manis bersama insan yang bergelar “zauj”..Insan yang halal untuk didampingi dan dicintai..Dengan izin dariNya jua, mungkin selepas itu, akan lahirlah mujahid dan mujahidah yang akan meramaikan lagi umat Rasulullah S.A.W serta sebagai pemakmur alam ini..InsyaALLAH..

Tika anugerah itu datang, maka, sambutlah dia dengan penuh kasih sayang..Corakkanlah kehidupannya dengan penuh sinar keIslam, jauh dari cahaya kemunafikan..Peluklah dia..Kucuplah dia..Belailah dia..Tetapi harus diingat apa yang telah ALLAH firmankan di dalam surah al-Munafiqun, ayat 9 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”


Wallahua' lam..

No comments:

Post a Comment