"MUJAHIDAH SOLEHAH"
Diri ini hanyalah insan yg terlalu biasa..namun, ingin bergelar :

"HAMBA terbaik buat Yang Maha Pencipta, ANAK solehah buat ibu bapa, ISTERI sejati buat suami tercinta, IBU mithali buat anak-anak kurniaan Allah Taala..serta seorang SAUDARA yang sentiasa mengingati keranaNYA.."

Friday, September 3, 2010

TINTA SEKEPING HATI..

Daku mulai coretan ini dengan memuji Allah S.W.T, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Tidak lupa ingin ku tujukan selawat & salam buat Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda agar dikasihi Allah di sana..
Assalamualaikum w.b.t..

Di sini aku ingin kau mengetahui sesuatu tentang diriku,
Yang mungkin engkau tidak pernah tahu sebelum ini..
Buat insan yang sanggup memiliki cinta yang tidak seberapa ini..
Setelah ikatan suci ijab dan qabul itu dimenterai..

Aku ingin kau mengerti..
Aku tidak seperti mana yang kau inginkan..
Dan harapanku, kau akan lebih mengerti pabila menghayati setiap kata2 yang kulontarkan di sini..

Aku tidak semulia Siti Khadijah, cinta pertama Rasulullah..
Aku tidak secantik Ainul Mardhiah, impian para mujahid..
Aku juga tidak secerdik Aisyah, zaujah Rasulullah di akhirat..
Dan aku tidak bisa menjadi setabah Sumayyah, wanita solehah milik Allah..

Aku hanya insan yang terlalu biasa..
Tidak punya harta dunia..
Tidak juga datang dari keturunan yang mulia..
Dan rupaku tidak seindah mana..

Aku hanya seorang anak nelayan..
Pernah hidup bercahayakan pelita di malam hari..
Pernah juga bermandikan air sungai yang berlumpur..
Dan meredah lautan untuk turut sama mencari rezeki..

Wahai pembela agama..
Aku tidak punya apa-apa yang istimewa di pandangan insan lain..
Tapi aku punya hati yang terlalu lembut sepertimana fitrah insan lain diciptakan..
Mudah merasa kecewa..
Dan terguris apabila dilukai..

Namun begitu..
Aku bersyukur kerana Allah tidak mengujiku dengan kemewahan duniawi..
Aku juga bersyukur kerana di beri pengalaman yang mungkin tidak pernah insan lain lalui..
Tetapi..Aku sangat mengharapkan agar Allah memberiku peluang..
Untukku berkongsi hidup ini dengan insan yang bisa mengerti kondisi ini..

Akhir kata..
Setakat ini sahaja mampu ku utuskan..
InsyaALLAH..Doakan moga aku akan diberi peluang lagi..
Untuk mencoretkan warkah istimewa buatmu..
Dikala kita telah sah disatukan..
Dengan bersaksikan Allah..Pencipta sekalian alam..
Wassalam..


Ya ALLAH..Yang Maha Pemilik setiap hela nafasku ini..
Kurniakanlah kepadaku cinta seorang mujahid..
Pejuang serta penegak agamaMU..
Tidak ku pinta cinta seorang hartawan dunia..
Tidak juga cinta seorang peragawan yang bangga dengan ketampanannya..
Tetapi cukuplah sekadar insan itu dapat menjadi pembantuku..
Dikala aku sesat di dunia ini..
AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN..

No comments:

Post a Comment