"MUJAHIDAH SOLEHAH"
Diri ini hanyalah insan yg terlalu biasa..namun, ingin bergelar :

"HAMBA terbaik buat Yang Maha Pencipta, ANAK solehah buat ibu bapa, ISTERI sejati buat suami tercinta, IBU mithali buat anak-anak kurniaan Allah Taala..serta seorang SAUDARA yang sentiasa mengingati keranaNYA.."

Tuesday, October 5, 2010

PIMPINLAH KAMI MENUJU JANNAHMU..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG
“Ya ALLAH Ya Tuhan kami.. Ampunilah segala dosa-dosa kami..dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa insan-insan yang mendidik kami, dosa-dosa saudara-saudara kami, serta dosa-dosa muslimin dan muslimat..Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahMU..Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan meyokong syariatMU..Maka eratkanlah ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar..Penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung padam..Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman, dan keyakinan serta keindahan tawakal kepadaMU..Suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMU yang hakiki.. Jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU..Sesungguhnya hanya kepadaMU kami bermohon dan hanya Engkaulah sebaik-baik sandaran..AMIN AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN..”

1 comment: